Sudah tahu apa berita paling sensasi di internet kini? Artis tuuuut putus cinta? si dia ni kahwin senyap-senyap? Penyanyi ni sudah berhijrah? Bukan, bukan...di sini bukan ruangan gosip mosip tu suma atau citer meletup-letup majalah hiburan mana-mana. Kat sini hanya akan digembar-gemburkan dengan berita paling hangat, top rated cover story mengenai penemuan rahsia kecantikan, kebahagian dan keremajaan khusus untuk para wanita dan umumnya bagi mereka yang ingin menjalani satu fasa kehidupan yang lebih baik.
Rahsia kekal cantik, jelita dan sihat telah lama diamalkan
oleh orang-orang tua kita sejak berzaman dahulu. Kini segalanya telah
diperturunkan dan diasimilasikan secara sediaan moden tanpa menjejaskan
kemujarabannya. Cuma kita, wanita hari ini yang tanpa sedar memandang
remeh tentang keaslian herba-herba warisan nenek moyang kita dulu. Ramai
yang mengambil mudah menggunakan produk-produk kecantikan yang
dibungkus cantik tanpa meneliti dahulu apa kandungan bahan tersebut. Si
pengusaha yang rakus memandang keuntungan tidak mengambil peduli apa
kesan terhadap si pengguna dan si pemakai kerana mulut mereka manis
menutur "mana nak cantik kalau takut sakit!". Akibatnya si pengguna
inilah yang menanggung sakit pedih akibat pemakaian produk kecantikan
yang terkandung bahan-bahan terlarang yang membahayakan. Inikah yang
"kesakitan" yang kita para wanita inginkan untuk kelihatan "cantik"?
Tentu tidak kan.
Bagi yang belum berkahwin, pasti tercari-cari segala macam ubat, penawar atau herba mujarab untuk kekal cantik (semua makhluk ciptaanNya adalah cantik jelita dalam tiap segi masing-masing...Subhana Allah!), kelihatan menarik dan paling penting kekal sihat wal afiat. Puan-puan yang telah berumahtangga pula semestinya berusaha untuk tetap tampil menawan, anggun serta mempesonakan bagi hati setiap pasangan terus menarik dan tertarik kepada mereka. Namun kecantikan bukanlah segala-galanya dalam hidup setiap wanita. Fasa cantik akan pudar diputar arus masa yang beredar. Ianya tak kekal. Cuma yang mencantikkan setiap wanita adalah penjagaan dalaman diri mereka dan bagaimana mereka menampilkan kecantikan tersebut dengan penggunaan ubat sintetik atau secara tradisional.
Tapi macam mana nak cari herba tradisional sekarang? Jenuhla nak mencari pokok sireh, pokok manjakani tau kacip fatimah. Apatah lagi mas cotek atau jarum emas. Walhal nama pokok-pokok herba yang disebutkan tadi pun belum tentu wanita dan gadis-gadis sekarang kenal akan jenis pokoknya. Tentulah tidak sesenang membeli sabun atau krim mandian di hypermarket. Cuma demi memberikan kemudahan dan memenuhi permintaan ramai, penghasilan secara moden namum masih mengekalkan ciri-ciri asli tradisional bahan-bahannya diolah di bawah penjenamaan JSD - Jamu Susuk Dara. Rangkaian penjagaan JSD terdiri daripada jamu, masker, pembersih wanita, losyen, sabun dan juga minuman campuran herba terbaik seperti amalan orang-orang tua dulu.
Ingin tahu lebih lanjut dan mendalam lagi mengenai rangkaian Jamu Susuk Dara ini, atau singkatannya JSD bagi yang terasa kekok menyebut nama penuhnya, kita akan belajar dan berkenalan dengan setiap produk-produk hebat ini dalam post seterusnya. Terus mengikuti perkembangan JSD selanjutkan dari saya. Saya senaraikan secara umum antara rangkaian produk di bawah label JSD bagi pengenalan anda di sini.
:SENARAI PRODUK2 KELUARAN JAMU SUSUK DARA:
JAMU AKU DARA – menegangkan payudara & punggung, merawat keputihan & lendir busuk dan mengetatkan bahagian berkaitan.
MASKER VAGINA - menghilangkan kegatalan, keputihan di miss v. Mencantikkan semula Miss V yg dah berkedut tu & menegangkan dan juga bertidak 'mengetatkan' Miss V yg longgar.
FEMININ WASH - membersihkan Miss V, sesuai utk yg mengalami kegatalan di bahagian sulit, keputihan & gatal di celah peha juga 'mengetatkan' bahagian tersebut.
INTIM GEL - merangsang kembali keinginan untuk 'bersama' bagi yg dah kurang bernafsu. Menyuburkan dalaman rahim, fungus hilang insha Allah keputihan pun hilang serta 'mengetatkan' Miss V.
Bagi cik-cik dan puan-puan yang nak tau lebih lanjut rangkaian Jamu Susuk Dara, selepas ini akan ada keluaran terbaru lagi.
Salam sejahtera. Salam mesra untuk semua jelitawan yang sedang membaca.
No comments:
Post a Comment